Setelah berkurun lama nye aku menyepikan diri dari dunia ber-blogging, I'm finally back! Haha. Bukan aku sengaja tak nak update blog ni, tapi aku lupa doh password aku. Salah kan Ummu lah sebab sibuk sangat nak log in blog dia kat laptop aku hari tu. Tak pasal² aku lupa doh password aku, hehe. Sejak takde blogging ni, aku rasa macam hidup aku takde makna. Haha emo lah sangat pulak. Maksud aku, everything yang aku buat selama tak ber-blogging ni, macam hampeh je. Sebab tak dapat nak di-post kat blog. Bukan untuk orang baca pun, tapi untuk diri aku sendiri doh. Hehs.
Aku baru habis meeting Awang. Hurm, director EWD. Apa kejadah nye EWD tu? Well, tu pasal aku cakap, hidup kat college aku ni different gila dengan college lain. Ada je lah event nak buat. Alasan nak buat banyak sangat event, sebab tak nak bagi students kat sini belajar je 24/7. Kena lah seimbang belajar dengan aktiviti lain. Konon² tak nak bagi students bosan lah asyik belajar je. Kepala ho! lah dia.
EWD is the short form for Evening With Diamond. Diamond, house aku. A'ah, gelak lah awak. Memang kami masih guna system house pun. Macam kat sekolah dulu lah kan. Hurm.
Basically EWD ni, it's an event that has to be organised by our house, simply to entertain people. Simply as that. Memang lah simple je dengar kan. Nak organise tu satu hal lagi. Kalau everyone co-operate, sure no hal lah. Tapi kalau ada yang agak selfish, memang susah lah kan. Kalau tak nak partipicate je, bagi macam² lah alasan. "Nak study lah", "Banyak homework lah", "Esok ada test doh". Haa ye, memang kau sorang je pun yang banyak kerja. Jangan lupa, orang yang organise event ni pun student macam kau jugak weh. Tapi so far, aku takde pulak dengar orang bagi alasan macam tu sebab tak nak buat kerja untuk EWD. Probably because it's not fully planned yet. So yeah. Takpe, we'll wait and see.

0 hugs:
Post a Comment